Monday, January 9, 2012

Ulangkaji: Apa Itu Teknik CSR100

Apa itu TEKNIK CSR100?

TEKNIK CSR100 bermaksud TEKNIK "CLASSICAL SUPPORT & RESISTANCE" dengan Target Profit sebanyak 100 pips.

Sejarah asal TEKNIK CSR100.

Teknik ni pada asalnya telah di bincangkan oleh Masta Bubble di FOREX-TSD pada tahun 2007 (bukan atas nama TEKNIK CSR100). Saya berkesempatan untuk mengikuti thread itu sejak hari pertama sehinggalah ianya di tamatkan oleh Tuan Thread 2 bulan kemudian. 

Segala post telah di deletekan. Beliau kemudian menawarkan TEKNIK ni secara berbayar untuk mereka yang benar2 berminat. KELAS ONLINE yang di tawarkan dikenakan bayaran sebanyak 3,000.00 Pound Sterling Sahaja.

Saya mungkin bertuah kerana dapat mempelajari teknik ini sebelum segala post di deletekan. Walaupun tidak dapat mempelajari teknik itu sepenuhnya, banyak ILMU tgn FOREX TRADING dapat saya pelajari di thread beliau. Disebabkan amat tertarik dengan Ke "simple" an TEKNIK & TRADING METHODOLOGY yang di perkenalkan, saya mengambil inisiative mempelajari, mengkaji, mendalami, membuat R & D selama setahun lebih. Saya telah membaca dan mengulang baca post2 dalam thread itu (yg sempat saya savekan) beratus2 kali untuk benar2 memahami apa yang tersirat dan tersurat. Setelah 

PRAKTIS,

PRAKTIS & PRAKTIS sehingga LEBAM, maka lahirlah TEKNIK CSR100. TEKNIK CSR100 memang berpaksikan kepada TRADING METHODOLOGY Masta Bubble
tetapi telah saya Olah / Modified mengikut Kefahaman saya ttgn theori2nya & Trading Forex secara mudah & simple.

Trading Methodology.

TEKNIK CSR100 based sepenuhnya pada KONSEP "Support & Resistance" dan juga "TRADE with the TREND" berpandukan pada "Pure Price Action (PA)".

Ianya satu TEKNIK CLASSIC / TEKNIK LAMA di mana kita hanya trading menggunakkan Chart Kosong (Naked Trading) tanpa bantuan apa-apa indicators.
KISS - Keep it Simple & Smart. Jom Back to the BASIC.

No comments:

Post a Comment