Tuesday, January 3, 2012

Tips

Bagaimana nak menentukan breakout itu masih in progress atau sudah selesai.

Soalan ini agak sukar dijawab sebab memang tiada siapa tahu apakah price telah benar2 membuat clean breakout (sudah selesai) atau pun sebaliknya. Saya berpendapat ISU ini bukanlah satu perkara yang amat penting dan perlu di risaukan dalam teknik CSR100. Yang penting adalah garisan/zone SBR/RBS itu sendiri. Walaubagaimana pun kemunculan Pin Bar selepas Price melepasi garisan SBR/RBS dengan jelas dan nyata boleh di andaikan bahawa breakout mungkin telah selesai. Wujudnya Pin Bar menunjukkan bahwa rejection telah berlaku di situ. Price kemungkinan telah membentuk new high (HH - resistance) atau new low (LL - support) dan di jangka akan membuat retracement ke potential SBR/RBS.

Sedikit Tips

Saya gunakan fibo retracement untuk mengukur pergerakan PA breakout iaitu HL ke HH ataupun LH ke LL dan seterusnya akan membuat rumusan bahwa breakout telah selesai atau sebaliknya. Sekiranya fibo di tarik dari HL ke HH atau LH ke LL dan di dapati potential garisan atau zone SBR/RBS berada pada level sekurang2nya 38.2% dan selebih2nya 61.8%, maka saya akan andaikan bahawa breakout telah selesai dan akan bersedia mengintai peluang untuk enter trade

1 comment:

  1. admin..tolong bisa di kasih contoh dengan gambar....
    terima ksih..

    ReplyDelete