Tuesday, April 5, 2011

Revisit - CSR100

Untuk sesuatu SETUP -------> Contohnya UPTREND------> pastikan PA mesti di mulakan dengan Low (L). Kemudian cari Significant Resistance yg pertama iaitu H (high). H mungkin hanya sekali RETEST atau mungkin 2 dan lebih RETEST. Lebih banyak RETEST menunjukkan lebih kuat Resistance tersebut. Sampai di Resistance yang kuat biasanya Price akan membuat RETRACEMENT lalu membentuk HL (higher low). Price akan cuba sekali lagi memecahkan Resitance dan sekiranya berjaya breakout biasanya ia akan membuat New High atau New Resistance iaitu HH (higher high). Breakout ini menunjukkan Trend semasa masih berterusan atau Valid. Jika Price gagal menembusi HH, biasanya ia akan membuat RETRACEMENT ke Resistance terdahulu (H). Resistance itu akan bertukar fungsi menjadi Support (RBS/ HL) . Inilah yang di namakan FENOMENA ROLE REVERSAL. Di sinilah masa terbaik untuk kita intai peluang memasuki post BUY di RBS (Resistance Become Support). Sebagai FILTER......di nasihatkan untuk enter POST pada 2nd RETEST di SBR. Sekiranya Price membuat RETRACEMENT tetapi tidak sampai ke garisan/zone RBS....let it be....maksudnya tiada SETUP CSR100 di situ. SL paling AFDAL di letakkan beberapa pips di bawah RBS 1st RETEST. Sekiranya ianya HIT SL......let it be....hanya minima LOSS aja.

Saya langsung tidak melihat pada Candlesticks....Open/Close/High/ low. Saya cuba menjadikan TEKNIK CSR100 sesimple mungkin. ILMU Candlesticks memang boleh membantu tetapi untuk Teknik ini kita boleh lupakan dan hanya FOKUS pada Significant Support & Resistance dan Trade with the Trend. Kefahaman ttgn PA (Analisa Peaks & Troughs) dan juga FENOMENA ROLE REVERSAL amat penting. Itu aja yang di perlukan untuk memahirkan diri dengan TEKNIK CSR100. Cukup SIMPLE kan !

Cth Setup Cun

Saya akan setkan SL 20-30 pips dibawah support (1st RETEST) apabila saya enter post BUY di support (2nd RETEST). Untuk TP pula sudah pasti saya akan setkan di highest point after breakout (resistance = 191 pips). Jadi risk to reward adalah 30 : 191 atau 1 : 6 ------> Jika Hit SL saya akan rugi 30 pips dan jika Hit TP, saya akan untung 191 pips. Inilah yang di namakan R : R yang baik. Maksima profits & minima loss --------> TEKNIK CSR100

4 comments:

  1. terima kasih masta JGV100 . dah puas guna bermacam2 indicator..last2 berbalik jgk kepada CSR.. mmg diakui teknik CSR mempunyai RR yg sgt baik..

    ReplyDelete
  2. di mana nk dapatkan indicator blank dengan templates CSR100 ya ?

    ReplyDelete
  3. di mana nk dapatkan indicator blank dengan templates CSR100 ya ?

    ReplyDelete