Tuesday, January 31, 2012

Pelajaran Dua - Ulang Tayang


Cth: PA UPTREND








A. TREND
PA = PRICE ACTION -------> CARA UNTUK MENGENALPASTI TREND SEMASA = THE BEST LEADING INDICATOR
A1. UPTREND-----> a series of rising peaks and troughs (L, H, HL, HH dan seterusnya, bahasa mudahnya TREND MENAIK)
L - Low, H - High, HL - Higher Low, HH - Higher High
PA UPTREND = L, H, HL, HH, HL, HH & so on
ACTION -------> UPTREND = BUY AJA
A2. DOWNTREND-----> a series of descending peaks and troughs (H, L, LH, LL dan seterusnya, bahasa mudahnya TREND MENURUN)
H - High, L - Low, LH -Lower High, LL - Lower Low
PA DOWNTREND = H, L, LH, LL, LH, LL & so on
ACTION ------> DOWNTREND = SELL AJA



Cth: PA Downtrend







B. ASAS TRADING.
3 perkara penting yang sentiasa perlu di ingat dan di patuhi bila TRADING.
1. TRADE WITH THE TREND -----> Trend is your friend, jadikan Trend sebagai "Girlfriend/Aweks" anda

Jangan sekali-kali melawan Trend (pantang larang utama trading ni). Lebih mudah untuk untung jika anda "Trade with the Trend" di bandingkan dengan "Trade melawan Trend". UPTREND = BUY AJA. DOWNTREND = SELL AJA
2. BUY AT SUPPORT --------> Buyers enter the market at Support and take control from the sellers. Maksudnya enter "TRADE BUY " hanya di "SUPPORT" sahaja. Kalau BUY di Resistance kira tak betul lah. Cari Nahas aja. Untuk TEKNIK CSR100 ----> BUY di RBS (Resistance Become Support)










3. SELL AT RESISTANCE -----> Sellers enter the market at Resistance and take control from the buyers. Maksudnya enter "TRADE SELL" hanya di "RESISTANCE sahaja. Kalau SELL di Support kira tak betul lah. Cari Nahas aja. Untuk TEKNIK CSR100 -----> SELL di SBR (Support Become Resistance)


Sunday, January 29, 2012

Pelajaran Satu - Ulang Tayang












A1. SUPPORT & RESISTANCE
SUPPORT -----> terjadi apabila price/market bergerak dari atas ke bawah tetapi gagal melepasi satu garisan / zone dan berpatah balik ke atas. "Any part at which the market stopped going down and turned up"
RESISTANCE----> terjadi apabila price / market bergerak dari bawah ke atas tetapi gagal melepasi satu garisan / zone dan berpatah balik ke bawah. "Any part at which the market stopped going up and turned down"










A2 . BREAKOUT & FENOMENA ROLE REVERSAL
BREAKOUT-----> Price berjaya melepasi Support atau Resistance dan selalunya adalah point/garisan/zone di mana berlakunya pertukaran fungsi "Support n Resistance"
ROLE REVERSAL-----> "Support atau Resistance" telah bertukar fungsi pada satu garisan atau zone , SBR dan RBS
SBR -----> SUPPORT BECOME RESISTANCE











RBS------> RESISTANCE BECOME SUPPORT


Saturday, January 21, 2012

ReVisit - Hukum Hakam Trading




Tiga perkara penting yang sentiasa perlu di ingat dan di patuhi bila TRADING.

1. TRADE WITH THE TREND -----> Trend is your friend, jadikan trend sebagai girlfriend anda. Jangan sekali-kali melawan trend (pantang larang utama trading ni). Lebih mudah untuk untung jika anda "Trade with the Trend" di bandingkan dengan "Trade melawan Trend". UPTREND = BUY AJA. DOWNTREND = SELL AJA, Simple kan.

2. BUY AT SUPPORT ------> Buyers enter the market at Support and take control from the sellers. Maksudnya enter Trade BUY hanya di Support sahaja. Simple kan . Kalau BUY di Resistance kira cari nahaslah. Lu fikirlah sendiri.

3. SELL AT RESISTANCE -----> Sellers enter the market at Resistance and take control from the buyers. Maksudnya enter TRADE SELL hanya di Resistance sahaja. Simple kan. Kalau SELL di Support kira cara bala lah. Lu fikirlah sendiri.

Tiga perkara penting di atas adalah ASAS kepada Teknik CSR100.

Cara atau Rules untuk trade gunakan TEKNIK CSR100.

1. Kenal pasti Arah Trend -----> Setiap Tf mempunyai trend sendiri, pastikan kita trade with the trend dengan higher TF. Trading with trend on one tf higher akan memberikan keputusan yang baik, manakala 2 atau lebih sama trend dgn higher TF akan memberikan pulangan yang lumayan.
  • 1a. Jika anda trading di TF 4 HR, gunakan TF Daily/Weekly untuk melihat trend
  • 1b. Jika anda trading di Tf 1 HR, gunakan TF 4 HR/Daily untuk melihat trend
  • 1c. Jika anda trading di TF 15m, gunakn TF 1 HR/4 Hr untuk melihat trend
2. ENTER POST, TARGET PROFIT DAN STOP LOSS

Strategy: Jika DOWNTREND maka SELL AJA

2A. ENTER POST -------> Selepas fenomena SBR terjadi biasanya price akan Retest bebarapa kali ke garisan SBR. (1st RETEST, 2nd RETEST atau 3RD rd RETEST). Jika price masih gagal melepasi SBR setelah bebarapa kali RETEST , ini menunjukkan SBR itu cukup kuat dan seterusnya meng "confirmkan" itu SBR yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd RETEST untuk enter post. Rujuk Chart untuk gambaran yang lebih jelas.

2B. TP --------> Lowest point selepas Breakout (Support). Anda boleh hold post kerana kemungkinan untuk price break support adalah tinggi di sebabkan kita trade with the trend. Rujuk Chart untuk kedudukan TP (biasanya TP adalah di support yang sudah di kenal pasti)

2C. SL--------> Beberapa pips diatas SBR.(ikut MM yang telah anda rancang, berapa pips kah anda sangup rugi?



Friday, January 20, 2012

FAQ

Bro JGV100, kdg2 kita boleh entry position kat 1st retest ke?maksud saya selepas breakout?

Memang boleh (pastikan ada tight SL) -----> jika anda adalah seorang Risk Taker dan benar2 faham apa yang berlaku

Apa2 pun untuk lebih selamat dan amat di galakkan -----> sila enter post pada 2nd Retest dengan syarat 1st Retest belum Hit TP lagi

P/s : No Pain No Gain. High Risk High Return ......thats FOREX

Thursday, January 19, 2012

Revisit - Normal CSR Setup Chart


Pair : EU

Trading TF : H1

Trading TF Trend : H, L, LH, LL - Trend Menurun (Down Trend)

Strategy : Trend Down - Sell Aja

1. Kenalpasti Support - Garisan Aqua
2. Kenalpasti Breakouts
3. Tunggu berlakunya significant low di Lower Low
4. Tunggu 1st Retest - SBR Line Confirmed

Strategy: 

Sell di SBR pada 2nd Retest & TP di Lower Low
Stop Loss - Beberapa Pips 'atas' SBR

Wednesday, January 18, 2012

Label PA Adalah Satu kewajipan

Saya berpendapat bahawa melabel PA tu satu displin yang wajib di buat di sebabkan PA tu adalah teras kepada Teknik CSR100 ....tak kira lah samada anda seorang newbies atau pun otai CSR100. Melabel PA di chart bukan sahaja memudahkan anda mengenalpasti Setup CSR100 bahkan menjadikan chart anda lebih informative, lebih mudah difahami oleh orang lain dan lebih sempurna. Nasihat saya.....JOM labelkan chart anda dengan PA demi kebaikan bersama dan kesempurnaan Teknik CSR100 itu sendiri - Masta JGV100
Sumber: Sini

Digalakkan untuk enter post pada point/harga sehampir mungkin dengan harga 1st Retest. Pada saya yang penting adalah di mana nak setkan SL. Lebih jauh entry point dari harga 1st Retest akan menjadikan SL anda lebih besar.

Untuk entry Sell pastikan anda Sell di SBR sahaja. Yang penting Setup CSR100 untuk Sell telah di kenalpasti dimana2 jua TF.

Selagi tak Hit SL selagi itulah Setup anda masih di kira valid. Valid atau tidak Setup itu pula bergantung kepada kedudukan PA anda. Itu sebab melabel PA adalah satu perkara yang amat2 di galakkan untuk mendapat Setup yang benar2 mematuhi Rules CSr100

Sumber: Sini


Sumber: Sini

Tuesday, January 17, 2012

Analisa Ala CSR100 Part II


1. KENALPASTI SBR, LABEL PA TREND - Ramalan & Analisa Awal Di Buat 



2. Monitor Chart - Price bergerak seiring dengan 'CSR100 Setup'.



3. CSR100 DiKENALPASTI - MASUK TRADE 


4. MINIMA TP: 100 PIPS HIT

Monday, January 16, 2012

Analisa Ala CSR100 Part 1

Tiada siapa yang benar2 mengetahui & pasti samada price akan membentuk zone atau garisan RBS. Dari teori CSR100, kita mengetahui & alert bahwa zone RBS atau garisan RBS memang wujud sepertimana jenis2 Setup CSR100. Maka kita menggunapakai pengetahuan yang ada tentang jenis2 Setup ini berdasarkan sifat atau kriteria tertentu pergerakan price untuk mengenalpasti kemungkinan Setup CSR100 dan bersedia megintai peluang apabila ianya menjelma


Line/garisan RBS = normal setup ------> Price retrace semula betul2 ke garisan resistance sebelum breakout untuk mengaktivekan Setup CSR100.


Zone RBS = creeping setup ------> Price retrace semula melepasi atau menjalar masuk ke garisan resistance sebelum breakout untuk mengaktivekan Setup CSR100. Perlukan confirmation. Enter pada 2nd Retest dengan SL beberapa pips dibawah 1st Retest


Zone RBS = blow off setup ------> Price retrace semula kearah garisan resistance sebelum breakout tetapi tidak betul2 sampai untuk membentuk gap dan mengaktivekan Setup CSR100. Perlukan confirmation. Enter pada 2nd Retest dengan SL beberapa pips dibawah 1st Retest

Sunday, January 15, 2012

Entry

salam semua. nak tanya, after retest, brapa banyak pips or candle yang masta2 semua tunggu untuk confirm kan entry? dah baca dekat blog tp rsnya mcm xde jawapan spesifik untuk ini ?

Enter pada atau sehampir mungkin dengan garisan/zone SBR/RBS. Lebih jauh entry point dari RBS/SBR akan lebih besar SL. Lebih besar SL lebih besar kerugian jika Hit SL dan berkurangan profits jika Hit TP. Oleh itu untuk memaksimakan profit dan meminimakan loss......CSR100 menggalakkan untuk enter pada atau sehampir mungkin dengan SBR/RBS. Jika terdapat Pin Bar....enter pada close price PB itu. Harap dapat membantu, TQVM

Nota: Saya pula amalkan formula "SET & FORGET". Kalau Hit SL tak.apalah....minima loss aja. Kalau Hit TP Alhamdulilah

Saturday, January 14, 2012

FAQ

Selalunya selepas 2nd retest tu..confirm ker dia akan turun atau naik balik?

Bergantung pada Trend Semasa. Jika dalam Uptrend ----> biasanya selepas 2nd Retest Price akan naik balik. Jika dalam Downtrend -----> biasanya nya selepas 2nd Retest Price akan turun balik.
Yang pasti tiada siapa pun tahu atau boleh confirmkan kemana sebenarnya arah pergerakan price

1st Retest adalah reference point/filter dalam Teknik CSR100. Ia menandakan Support atau Resistance telah terbentuk di situ. Sama ada 1st Retest boleh berfungsi sebagai SBR atau RBS.... hanya masa yang akan menentukan. 2nd Retest adalah point dimana kita mengintai peluang untuk memasuki Post. SL pula hendaklah di setkan beberapa pips diatas atau di bawah 1st Retest. Jika Hit TP Alhamdulilah, jika Hit SL tak.apa.lah....Min loss aja.


Harap dapat membantu, TQ 

Friday, January 13, 2012

FAQ

bro jgv100, agak2nyr GU tp yg paling sesuai di mana yeee..

Kalau ikut Rules CSR100 :

1. Min TP = 100 pips


2. Normal TP = Highest atau Lowest point selepas breakout


3. TP JGV100 = 20 pips aja

Sebenarnya terpulang pada diri anda sendiri dimana nak letak TP tu ......tepuk dada tanya selera

Thursday, January 12, 2012

Wednesday, January 11, 2012

TIPS

Memang sukar di ramal pergerakan price ni

Kita sebagai pengamal Teknik CSR100 sebenarnya tak perlu sangat risaukan hala tuju pergerakan market. Yang penting adalah setup CSR100. Jika ada SBR atau RBS barulah enter post, jika tiada kita relax dulu...duduk di tepi. Trade what u See & Dont trade what u Think . Keep it as simple as possible

Monday, January 9, 2012

Ulangkaji: Apa Itu Teknik CSR100

Apa itu TEKNIK CSR100?

TEKNIK CSR100 bermaksud TEKNIK "CLASSICAL SUPPORT & RESISTANCE" dengan Target Profit sebanyak 100 pips.

Sejarah asal TEKNIK CSR100.

Teknik ni pada asalnya telah di bincangkan oleh Masta Bubble di FOREX-TSD pada tahun 2007 (bukan atas nama TEKNIK CSR100). Saya berkesempatan untuk mengikuti thread itu sejak hari pertama sehinggalah ianya di tamatkan oleh Tuan Thread 2 bulan kemudian. 

Segala post telah di deletekan. Beliau kemudian menawarkan TEKNIK ni secara berbayar untuk mereka yang benar2 berminat. KELAS ONLINE yang di tawarkan dikenakan bayaran sebanyak 3,000.00 Pound Sterling Sahaja.

Saya mungkin bertuah kerana dapat mempelajari teknik ini sebelum segala post di deletekan. Walaupun tidak dapat mempelajari teknik itu sepenuhnya, banyak ILMU tgn FOREX TRADING dapat saya pelajari di thread beliau. Disebabkan amat tertarik dengan Ke "simple" an TEKNIK & TRADING METHODOLOGY yang di perkenalkan, saya mengambil inisiative mempelajari, mengkaji, mendalami, membuat R & D selama setahun lebih. Saya telah membaca dan mengulang baca post2 dalam thread itu (yg sempat saya savekan) beratus2 kali untuk benar2 memahami apa yang tersirat dan tersurat. Setelah 

PRAKTIS,

PRAKTIS & PRAKTIS sehingga LEBAM, maka lahirlah TEKNIK CSR100. TEKNIK CSR100 memang berpaksikan kepada TRADING METHODOLOGY Masta Bubble
tetapi telah saya Olah / Modified mengikut Kefahaman saya ttgn theori2nya & Trading Forex secara mudah & simple.

Trading Methodology.

TEKNIK CSR100 based sepenuhnya pada KONSEP "Support & Resistance" dan juga "TRADE with the TREND" berpandukan pada "Pure Price Action (PA)".

Ianya satu TEKNIK CLASSIC / TEKNIK LAMA di mana kita hanya trading menggunakkan Chart Kosong (Naked Trading) tanpa bantuan apa-apa indicators.
KISS - Keep it Simple & Smart. Jom Back to the BASIC.

Saturday, January 7, 2012

FAQ? Kalau newbie nak masta ngan teknik nie; ada nasihat tak...

Paling baik & afdal adalah untuk merujuk terlebih dahulu kepada TF yang lebih besar untuk mengenal pasti Trend Semasa. Teknik ini adalah Trade with the Trend. Contohnya jika TF 4 Hr adalah Uptrend maka kita intailah setup BUY di TF 1 HR atau 15m. Jika TF 4 HR adalah Downtrend maka kita intailah setup SELL di TF 1 HR atau 15m. Ini lah yang di namakan TRADE with the TREND with higher TF. Biasanya praktis atau cara yang sebegini akan memberikan keputusan yang lebih baik dan terhindar daripada false signal.

Jom kita lihat contoh

Thursday, January 5, 2012

Refresh Terminology..

L, H, HL, HH tu bukanlah INDICATOR. Ianya adalah label PA (Price Action) untuk UPTREND dan di label secara manual di atas chart untuk menunjukkan swing high/swing low ataupun lokasi dimana significant peaks and troughs (lembah & puncak) terjadi.

JOM REFRESH semula

PA UPTREND = L (low), H (high), HL (higher low), HH (Higher High), HL, HH etc.

PA DOWNTREND = H (high), L (low), LH (lower high), LL (lower low), LH, LL etc.

Wednesday, January 4, 2012

FAQ

Bro jgv100 apakah filter yang sesuai untuk mendapatkan entry yang cun?

Saya gunakan 1st Retest sebagai filter. Masuk post hanya pada 2nd Retest dan lebih cun jika ada terbentuknya Pin Bar disitu. (Original CSR100)
Alternatively anda boleh guna 62EMA (TF 1HR) atau 50SMA (TF 4HR) sebagai filter tambahan. (Modified CSR100)
Harap dapat membantu, TQ 

Tuesday, January 3, 2012

Tips

Bagaimana nak menentukan breakout itu masih in progress atau sudah selesai.

Soalan ini agak sukar dijawab sebab memang tiada siapa tahu apakah price telah benar2 membuat clean breakout (sudah selesai) atau pun sebaliknya. Saya berpendapat ISU ini bukanlah satu perkara yang amat penting dan perlu di risaukan dalam teknik CSR100. Yang penting adalah garisan/zone SBR/RBS itu sendiri. Walaubagaimana pun kemunculan Pin Bar selepas Price melepasi garisan SBR/RBS dengan jelas dan nyata boleh di andaikan bahawa breakout mungkin telah selesai. Wujudnya Pin Bar menunjukkan bahwa rejection telah berlaku di situ. Price kemungkinan telah membentuk new high (HH - resistance) atau new low (LL - support) dan di jangka akan membuat retracement ke potential SBR/RBS.

Sedikit Tips

Saya gunakan fibo retracement untuk mengukur pergerakan PA breakout iaitu HL ke HH ataupun LH ke LL dan seterusnya akan membuat rumusan bahwa breakout telah selesai atau sebaliknya. Sekiranya fibo di tarik dari HL ke HH atau LH ke LL dan di dapati potential garisan atau zone SBR/RBS berada pada level sekurang2nya 38.2% dan selebih2nya 61.8%, maka saya akan andaikan bahawa breakout telah selesai dan akan bersedia mengintai peluang untuk enter trade

Sunday, January 1, 2012

Fikir-Fikirkanlah

Adalah amat penting untuk melabel PA kerana label PA yang berbeza akan memberikan entry point yang berbeza. Label PA yang berbeza memberikan dua senario setup yang berbeza



Untuk Chart 1, Setup baru sahaja Hit TP untuk memberikan pengamal2 CSR100 lebih kurang 9000 pips hijau. Ketika ini proses breakout sedang berlaku. Price belum betul2 membuat clean breakout untuk membentuk new significant high (HH). Setup di garisan 1 (chart tuan) ketika ini boleh di abaikan kerana breakout tidak cukup significant  

Untuk Chart 2, jelas dan nyata clean breakout telah berlaku. Samada significant high (HH) telah terbentuk hanya masa yang akan menentukan. Jika Price berjaya retrace kembali kepada potential RBS, ini adalah peluang terbaik untuk enter post BUY. Walau apa pun, Rules CSR100 mesti di patuhi sepenuhnya. Kesimpulannya garisan 2 (chart tuan) lebih relevant dan cukup berpotensi untuk menjadi Setup CSR100.